Kekosongan Jawatan Imam, Bilal dan Noja Di Masjid Kolam Ayer

Pemohon adalah dipelawa untuk mengisi jawatan Imam, Bilal dan Noja bagi Masjid Kolam Ayer Johor Bahru. Permohonan hendaklah dibuat melalui Borang Permohonan yang boleh diperolehi daripada Masjid Kolam Ayer JB. atau melalui surat permohonan biasa dengan disertakan:-

  1. Resume
  2. Gambar ukuran paspot.
  3. Salinan Sijil jika ada.

Mereka yang layak memohon adalah seperti berikut:

Untuk Jawatan Imam:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Penduduk Tempatan (satu keutamaan)
  3. Lulus SPM sekurang-kurangnya Pangkat II
  4. Mempunyai Sijil Agama / Tahfiz dari mana-mana institusi pendidikan (satu Kelebihan)
  5. Berpengetahuan dalam asas ilmu Tajwid.
  6. Berpengetahuan dalam Tarannum Al Quran dan Berzanji
  7. Boleh bertutur dalam Bahasa Arab (satu kelebihan)
  8. Berumur kurang daripada 35 tahun pada 30 November 2015 (satu kelebihan)

Untuk Jawatan Bilal:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Penduduk Tempatan (satu keutamaan)
  3. Lulus SPM sekurang-kurangnya Pangkat III
  4. Berpengetahuan dalam asas ilmu Tajwid.
  5. Berpengetahuan dalam Tarannum Al Quran dan Berzanji
  6. Boleh melaungkan azan dengan Tarannum khas azan
  7.  Berumur kurang daripada 35 tahun pada 30 November 2015 (satu kelebihan)

Untuk Jawatan Noja:

  1. Warganegara Malaysia/Penduduk Tetap
  2. Boleh melaungkan azan dengan baik
  3. Berumur kurang daripada 25 tahun pada 30 November 2015 (satu kelebihan)

Permohonan hendaklah dihantar kepada:

Pengerusi,
Masjid Kolam Ayer, Johor Bahru
Lot 2295-2297, Jalan Kolam Ayer,
80100 Johor Bahru.

Tidak lewat dari atau pada jam 12.00 tengah hari, 30 November 2015.
Tarikh Temuduga akan diberitahu melalui Telefon.

Untuk penerangan lanjut sila hubungi:

Tn. Hj Farid bin Dato’ Hj. Hassan Tel: 016-757 9346
Tn. Hj. Mohd Dahlan bin Hj. Alias Tel: 017-720 3926