Kekosongan Jawatan Imam, Bilal dan Noja Di Masjid Kolam Ayer

Pemohon adalah dipelawa untuk mengisi jawatan Imam, Bilal dan Noja bagi Masjid Kolam Ayer Johor Bahru. Permohonan hendaklah dibuat melalui Borang Permohonan yang boleh diperolehi daripada Masjid Kolam Ayer JB. atau melalui surat permohonan biasa dengan disertakan:-

  1. Resume
  2. Gambar ukuran paspot.
  3. Salinan Sijil jika ada.

Mereka yang layak memohon adalah seperti berikut:

Untuk Jawatan Imam:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Penduduk Tempatan (satu keutamaan)
  3. Lulus SPM sekurang-kurangnya Pangkat II
  4. Mempunyai Sijil Agama / Tahfiz dari mana-mana institusi pendidikan (satu Kelebihan)
  5. Berpengetahuan dalam asas ilmu Tajwid.
  6. Berpengetahuan dalam Tarannum Al Quran dan Berzanji
  7. Boleh bertutur dalam Bahasa Arab (satu kelebihan)
  8. Berumur kurang daripada 35 tahun pada 30 November 2015 (satu kelebihan)

Untuk Jawatan Bilal:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Penduduk Tempatan (satu keutamaan)
  3. Lulus SPM sekurang-kurangnya Pangkat III
  4. Berpengetahuan dalam asas ilmu Tajwid.
  5. Berpengetahuan dalam Tarannum Al Quran dan Berzanji
  6. Boleh melaungkan azan dengan Tarannum khas azan
  7.  Berumur kurang daripada 35 tahun pada 30 November 2015 (satu kelebihan)

Untuk Jawatan Noja:

  1. Warganegara Malaysia/Penduduk Tetap
  2. Boleh melaungkan azan dengan baik
  3. Berumur kurang daripada 25 tahun pada 30 November 2015 (satu kelebihan)

Permohonan hendaklah dihantar kepada:

Pengerusi,
Masjid Kolam Ayer, Johor Bahru
Lot 2295-2297, Jalan Kolam Ayer,
80100 Johor Bahru.

Tidak lewat dari atau pada jam 12.00 tengah hari, 30 November 2015.
Tarikh Temuduga akan diberitahu melalui Telefon.

Untuk penerangan lanjut sila hubungi:

Tn. Hj Farid bin Dato’ Hj. Hassan Tel: 016-757 9346
Tn. Hj. Mohd Dahlan bin Hj. Alias Tel: 017-720 3926

 

Program Membaca Al-Quran Secara Talaqi Bersanat

Program membaca Al-Quran secara talaqi bersanat akan dijalankan oleh Yayasan Darur Rahmah seperti berikut:-

Tempat:         Bangunan Darur Rahmah

Lot 1517  Jalan Abdul Samad Johor Bahru

Peserta:          Terbuka kepada muslimin dan muslimat yang berminat

Tenaga Pembimbing:  Terdiri daripada Guru-Guru yang berpengalaman

Pendaftaran Peserta: Dibuka mulai 20/03/2014 hingga 20/04/2014.

Sila hadir di pejabat Yayasan Darur Rahmah bagaimana alamat di atas pada jam 9.15 pagi hingga 4.00 petang

Setiap hari  ( 7 hari seminggu )

Atau Hubungi : Hj. Mohd Dahlan Alias 017-7203926

Kursus Pemantapan Akidah dan Kelas Bimbingan Ibadah.

Kursus di atas akan dijalankan oleh Pertubuhan NGO Darur Rahmah Negeri Johor

Pendaftaran Peserta:

Tarikh             : Pendaftaran dibuka pada tiap-tiap hari Ahad

Masa                : 9.00 pg hingga 12.00 t. hari

Tempat          : Bangunan Darur Rahmah, Jalan Abdul. Samad, 80000  Johor Bahru.

Mereka yang layak mendaftar:

1.       Warga Emas

2.      Warga Tunggal

3.      Ibu Tunggal

4.      Muallaf (semua peringkat umur)

Bayaran   :

Tidak dikenakan apa-apa bayaran ( Percuma )

Untuk penerangan lanjut sila hubungi:

1.      Hj. As’ari bin Hj. Tiba’ @ Tibek  Tel: 019 747 2111

2.      Hj. Mohd Dahlan Alias                     Tel: 017 720 3926

Sambutan Maulidurrasul SAW

Badli Shah Alauddin

Majlis Maulidurrasul SAW Bersama Dengan Ustaz Badli Shah Alauddin

 Dari Jabatan Agama Pahang. 

Tarikh: Hari Jumaat 17 Jan. 2014 bersamaan 15 Rabi’ulawal 1435H

Tempat: Masjid Kolam Ayer Johor Bahru

Aturcara:

8.30 pagi – Ketibaan para tetamu

9.00 pagi – Syarahan Agama oleh Ust. Bad

10.30 pagi – Jamuan di edarkan

11.30 pagi – Majlis Bersurai

Musilimin dan muslimat dipersilakan hadir